Saturday 26 July 2014

Majlis berbuka Puase 2014

Salam 1 Bikerz!!!

Bulan ramadhan ni memey telah dijanjikan sejuta keberkatan dan pahala olehNYA (pergh...ada can tak gua nak jadi Imam Muda??hehhehe..) seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al Baqaroh:-

 “Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (Al Baqaroh,2:83)

So nak dijadikan cerita...pada 17 Julai 2014 yang lepas..NSC Bikerz Clan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama adik-adik dari Darul Kifayah Gombak bagi meraikan mereka sempena bulan baik ini..

Program ini sememeynya telah diterajui oleh Boh Labit kita dan disokong oleh kelab-kelab bermotorsikal kuasa tinggi dari luar seperti 300kmj, V-Kings,dan ABAR (Thank you brothers atas sokongan korang,I Love You Ganda 33!!!! kebaboommm!!!)

Program ini telah bermula lebih kurang jam 6 petang (lewat sikit dari plan asal..hari kerja boh..) ketibaan adik-adik dari Darul Kifayah seramai lebih kurang 20 orang telah disambut dengan amat VIPnye..hehehhe

Meh belanja sikit gambiran

Tu dia..adik-adik VIP udah sampei

Layanan mesra dari Big Boss

Selepas itu sedikit ucapan telah disampaikan oleh tuan penasihat aka Mr Rozaki (tahniah bos dah hupgrade jawatan ke Presiden MSN) berserta penyampaian angpau dan sumbangan dari kami..tak caye cube tengok gambiran ni..

Yezz...Big Boss kasi ucapan

Majlis penyerahan angpaw dan cenderamata

Senyum bang..jangan tak senyum

Ibu-ibu tunggal pon tak terlepas juga..


Ha...bos dah abis berucap..apa lagi..kita bawak adik-adik kita ni naik jentera kami lah..punye syok la diorang pilih jentera sampai dengar kata jentera Yamaha LC Mr Os pun laku ek?? hehhehe..

Gentlemen..start your engine!!!

Aik???bile mase Najib bawak diavel???

Hemsem ZX14 tu kan??

Kontrol senyum tu Mr Un

Adik ni yang paling terer pilih mutu..hehhe

Aiseh..gembira nampak bang???


Mr Bunny 

Selepas bawak adik-adik kita ni meronda, acara utama telah bermula...ape lagi boh..Beriftar lah kita..tekak dah kering, perut dah lapar...hehhehe...Azan magrib telah di'bilal'kan oleh Alfadil Ustaz Syed Farouk kita...memey syahdu beb suara dia sampai gua terus angkat wuduk cari kiblat..hehhehe

Haa....tambah dik..tambah..


Ni camne nak kira??anak boh pon ada..



Borak je bile nak kenyang bro..

Ha...yang ni paling bijak sebab makan..hehhee

Jadi makan sudah...solat pun sudah, ape lagi acara kemuncak telah tiba dengan sesi fotografi beramai-ramai..sebelum tu Kelab 300kmj buat kejutan dengan menyerahkan cek sumbangan kepada adik-adik kita ni..alhamdulilah..rezeki korang dik.

Tq abam-abam 300kmj!!!

Tuan rumah dulu la..hehehhe

Abam V-Kings

300kmj!!!!


Wakil ABAR

So selepas majlis selesai, kami pun mengucapkan selamat pulang kepada adik-adik Darul Kifayah tersebut..selepas tu kami beransur-ansur pulang awal untuk ke Masjid/surau bagi menunaikan solat tarawikh..hehhehehhe

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Berbillion terima kasih kepada para sponsors baik syarikat ataupun individu yang telah banyak memberi sumbangan didalam menjayakan Majlis ini...aku dokan agar Allah SWT akan memberi rezeki yang lebih buat korang..insyallah (tahun depan sponsor lah lagi banyak ye..hehheh)..

Disamping itu aku turut nak ucapkan terima kasih kepada abam-abam bikers 300kmj, V-Kings dan ABAR yang telah memeriahkan majlis ini..(Korang memey besh dan bikers yang beriman bro!!two thumbs up!!!)

So sebagai konklusi kepada entry kali ini..meh aku belanja gambiran dan sedikit video editan amatur dari guwe...hehheheh!!!Assalamualaikum Challo Mere Beteh!!!!

KAMI!!!


Kenangan Beramei-ramei...




Salam Bikerz!!!!!

Salam 1 bikerz ,salam ramadhan dan salam aidilfitri..


Ape kabar rakan-rakan bikers disana??lame aku tak update story the mory nsc bikerz ni..sampai tuan labit kita (presiden baru...the very-very belated congratulation boh!!!) dah mula menyuarakan nasihat berbaur ugutan kepada gua..kuikuikui.

Acaner nak bagi alasan ek??em... the very-very sorry boss..memey sekarang ni tak terkejor mase yeop..banyak sangat rintangan yang tiba..biaselah berkhidmat demi sokan negara yang tak pernah mengenal mase dan keringat yang perlu dicurahkan..hehehe~~~

So dikesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan bikers islam yang berjaya menunaikan rukun islam yang ke-3..gua harap korang semua berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan berjaya meng'hupgrade' iman korang jugak...aminn...

Haaa... part yang paling besh ni..selamat ber'aidilfitri'lah kepada korang ye!!!berhati-hati dengan penuh extrajoss ketika memandu ape jua kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, semoga korang heppy bersama yang tershayang ye!!

Akhir Kalam,  berayalah dengan penuh berhemah..kawal-kawal lah ketika bersantap dan lepas ghaye kita on the bike balik ye!!!!