Sunday 24 January 2016

Mega Ride 2015, Koh Lanta, Thailand. Part 2

Salam Bikerz!!!!!

Baru ada kelapangan sikit nak melayan blog ni.. sembang banyak tak guna aku nak sambung cerita pasal Mega Ride 2015, Koh Lanta Thailand. Selamat membaca orait!!!


Day 2, Hatyai - Koh Lanta

Selamat pagi Hatyai Darul Massat!!! pagi ini kami telah dikejutkan bagaikan VIP oleh Mr Un yang dah masuk ke dalam border subuh-subuh morning lagi bersama boss beliau Mr Sepul. Apa yang menarik kali ini Mr. Sepul telah menggunakan jentera Vespa Primavera aka Siput Putih untuk bersama-sama kami untuk menjayakan projek pada kali ini (welcome Boss!!!!)

So pagi-pagi lagi kami bersiap-siap untuk bertayar golek ke destinasi. Sambil tu tunggu lah perkhabaran jentera katak ijao Mr President kita yang demam semalam. Alhamdulilah maklumbalas positif telah kami terima dimana jentera beliau sedang menunggu giliran untuk proses operation. hehhehe.

Ok semua dah ready, Mr Uns selaku GPS bergerak dah tak sabar memulakan tugas sebagai penunjuk arah..lets roll babeh!!!!

Papehal makan dulu...



Ok lets roll!!

Macam biasa pekan hatyai memey sibuk 



Seronot Mr RBZ kita noo.


Musim siam repair jalan..hehhe



Tuuu dia abam vespa beraksi


Cobaan memotong tang cornar..hehhehe


Satu perkara yag kami tak boelh nak lupa ketika tiba di Trang, Thailand. Sekali geng kami beramai-ramai kene tahan dengan polis Siam pulak.. aku selaku cameraman tak bertauliah ni biaselah..dok belakang sekali.. berderau bro tak tau ape kehalnye berlaku.. sekali rupanya grng polis ni buat kempen keselamatan jalan raya da...kami la jadi modelnye.. Puii!!! (hahhahahhah)

Aisehman..ape kebalaan semua ini???

Ok abam..saya yang menurut perintah

Aik..senyum pulak berade ni..



Gambiran kenagan dengan abam polis siam..hehhehe



Ok dah settle jom tayar golek.. dah tak jauh dah.



Kebas pungkok ke bang??

Lepak sat..tekak kering dah ni woii!!





Orait perjalanan kami berbaki lagi kurang 40km ke jeti Pimalai.. relek dululah makan tengahari..sambil tu nak tunggu Mr Sepul dan Mr Tj yang dah terpisah semasa di Trang.

Yess!!1 sudah nampak kelibat kawan-kawan yang sesat.. kasi can diorang makan dulu then baru kita calo mere beteh!!

Ok jam sudah lebih kurang jam 3.00pm, lets gone!!!

Ok dah settle makan..jom!!!




Ok dah nampak jettynye

Keadaan di Pimalai Jetty ni boleh tahan jugak sesak dia. Nasib kami bawa mutu boleh mencelah-cdelah sikit. hehehhe. Untuk maklumat, korang kene naik 2 kali bot roro sebelum sampai ke Koh Lanta tau..tapi mungkin dalam bulan Ogos 2016 dah ada Jambatan yang menghubungkan ke Pulau. So lain kali korang datang mungkin sekali je naik bot roro.

Sudah naik roro...harganya tak silap dalam rm 3 kot 1 kepala.. ntah le tak amik tau pulak sbb Mr. Farouk yang pegi beli. aku sibuk amik gambar je..hehhee







Orait!!!sudah sampai..jom ke Jetty ke 2..






Yesss!!!Koh Lanta!!! kami sudah sampai koh lanta!!! selama ni tengok kat gambar je..papehal dulu jom cari resort .. badan dah bau kabait hangit dah ni..

Ok sudah check in. papehal mandi dulu.. sebelum tu amoi kat reception ada bagitau malam Christmas diorang ada buat party kat tepi pantai resort kami ni.. aku angguk2 jela sebab dah tak sabar nak pegi mandi, hehhehe
Aktiviti negosasi..hehheh

Aktiviti petang kami. Bergambiran!!! pendapat aku la tempat ni memey jauh berbeza dengan pulau Samui, Krabi, Phuket.. memey tempat orang berchentalah kat sini..tenang ya amat. Tak caye tgk gambiran ni.


3 stroogers









ni pelarian rohingya ke??
Hari sudah malam, perut sudah lapar..mari kita pi cari makan.. haa....pasal makan jangan risau, kat sini majoriti muslim. (80% muslim ko!!) yang selebihnya non muslim..

nampak semua dah kebuloq dah..
Makan sudah habis..masa untuk aktiviti malam..so kami terus ke Old Town untuk ushar2 ape yang menarik disini. Boleh tahan meriah jugak tapi yang syok orang tak berapa ramai sangat. so boleh la cuci2 mata,

Ok tamat cerita untuk hari ini. Malam ni nak tido awal sebab esok kami ada aktiviti kemunchak island hopping!!! yeah!!! good nite uollls!!!