Sunday, 21 December 2014

Mega Ride 2014 - Koh Samui - pt.5

Day 5 - Hatyai - Kuala Lumpur 


Yezzzz....setelah 4 hari kami berada di perantauan demi mencapai misi kami untuk menawan Koh Samui, akhirnya kami telah tiba di penghujung perjalanan kami.

So untuk hari ini kami akan kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa seribu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna (pehhhh..kata-kata sang pujangga pulak..puii!!)

Jadi perjalanan kami pada hari ini akan memakan jarak lebih kurang 546km lagi. Kesemua bikerz sudah bersedia awal untuk menuju ke border lebih awal. So ape lagi, pagi-pagi lagi kami check out hotel, isi tangki babat dan terus menuju ke border melalui pekan Danok.so di sini juga Hero of the ride kami, Pokli mengucapkan selamat tinggal kerana dia akan menggunakan route lain (Pattani - Border Tak Bai) untuk pulang ke New Castle (Kota Bahru).. Thank you Pokli for the ride..you the man!!! lain kali kita ride lagi ye..

meh belanja sikit kegambiran

Sarap dulu...jauh lagi nak jalan..

Tu dia muka bos dah keyang..burrpp..alhamdulillah

Ok..lets roll

suasana bandar Hatyai yang sedikit sibuk hari ni

ada lagi ye makro

Ok kami selamat tiba di Pekan Danok, sempat last minit shopping lagi..hehhehhe..Ok dah 15 minit, lets head back to our motherland!!! di sini boleh tahan ramai gak yang nak balik ke Malaysia..panjang gak beraturnye..hehhehe

So secara rasminya kami telah keluar dari tanah siam lebih kurang jam 1 tengahari..so long Thailand..panjang umur kita ketemu lagi..

Tuuu diaaa ramai dok beratuq!!
Ni gambiran Pokli hantar depan border
Bermula daripada sini..kami dah tak tunggu lagi..moh isi minyak dulu di Changlun..

Kemudian kami terus menuju ke kuala lumpur. Perjalanan balik ni semuanya lancar sekali kecuali berlaku insiden dimana jentera mr sadeeq kita secara tiba-tiba 'malu' nak bergerak di Sungai Dua..(aiseh...ape hal pulak ni..). Tapi bantuan pantas telah diberikan dengan membawa jentera sadeeq ke bengkel berhampiran..check punya check sekali pin sprocket depan dia tanggal da..hahaha

Dah latu sadeeq..pi hupgrade mutu sebelah tu..

Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan tergendala, kami terus menuju ke Kuala Lumpur dengan pemanduan yang penuh berhemah..(hujan lebat boh..).


Sidai bang..jangan tak sidai
Rehat jap 


Alhamdulilah kesemua bikerz selamat tiba di desntinasi dengan pengalaman baru yang tidak dapat dijual-beli. Kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan rakan-rakan bikerz terutama sekali sponsor kami Kelab Kebajikan & Sukan MSN yang sentiasa memberi sokongan kewangan..lain kali kami nak mintak lebih sikit bajet ye...(hehheheheh). Selain daripada itu aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bos Labit kita yang banyak berkorban untuk kelab 'kerdil' ini walaupun beliau terpaksa korbankan ride ini demi keluarga terchenta..(tak pe boh lain kali insyallah boleh lagi)..

Untuk mengakhiri pengembaraan kami pada kali ini..aku ada hadiah special untuk korang..terimalah video amatur daripada aku..please enjoice!!!!!



psstt..nak kualiti yang cantik tengok melalui youtube ye..pilih setting HD..pasti terlajak laris..hehhehe

Thursday, 18 December 2014

Mega Ride 2014 - Koh Samui - pt.4

Day 4, Koh Samui - Hatyai


Salam 1 Bikerz..

Yezzz...setelah seharian kami berjaya meng'conquer' Koh Samui dan Koh Pangan, it's time to roll back home baby.. pada pagi ini, kesemua bikerz telah bersedia dengan jentera masing-masing untuk menuju kembali ke Hatyai sebelum pulang ke tanah tumpah darahku..Malaysia.

So sebelum pulang menuju ke jetty..kami sempat tapau sedikit makanan di gerai tepi jalan (ape lagi kalau bukan puluit ayam)..perjalanan daripada Chaweng ke Jetty Rancha Ferry lebih kurang 25km je..lepas tu kemi terus pergi beli tiket untuk ke Dongsak (harga sama je dengan datang melalui Seatran Ferry..THB 240)..so sementara nak sampai ke Dongsak, meh le kita tengok-tengok sikit view melalui kegambiran ini


Pok li selfie..hahahha

Sementara nak tunggu naik ferry amik le gambir dulu..


Kami dalam ferry tu..

Lebih kurang 2 jam dalam ferry, kami telah selamat tiba ke Dongsak. So let rolls geng!! perjalanan ada lagi lebih kurang 324km lagi..sepanjang perjalanan ke Hatyai, cuaca kejap ok kejap hujan lebat..layan je la labu..hehhehe.

Meh belanja kegambiran sikit...

Cuaca cun..diharap berpanjangan..

Aiseh..awan nano sudah mari...

Ok..cerah balik

Yezz!!!hujan lebat sudah..

Clear jalan 






Check point..isi minyak dulu..
Lepas main hujan makan meggi best woo...

Ok lets roll..dah tak jauh dah..

Dah mula sesak dah..

Kemon Hatyai...

Ok dah sampai hatyai..tapi mane yang lain (sekali deme salah masuk jalan da..)
Ok lebih kurang jam 4 siam, selamat tiba di Bandar Hatyai..check in dulu..rehat-rehat. So pada hari tu takdelah aktiviti sangat..lepak-lepak nak balik esok je..so aku nak conclude ride hari ini dengan sedikit kegambiran lagi..chaloo mere beteh!!!

Bro Syukur tengah baca mantera ke?


Hepi ye ko bidin


Indahnya ciptaan Mu~~

Kasi cilok sikit bos

Sadeeq balun ni sesorang dia je..



Sunday, 14 December 2014

Mega Ride 2014- Koh Samui - pt.3

Yezzz, salam dari Koh Samui, Thailand. Hehehhehheh

So setelah meredah lebih 920 km daripada K.L ke Koh Samui, Thailand. akhirnya kami telah tiba di destinasi Mega Ride 2014 iaitu Koh Samui!!!!Jadi aktiviti pada hari ini adalah lebih kepada unsur-unsur riadah dan eksplorasi ape yang ada di sini.

Kesemua bikerz telah bersedia seawal jam 8.00pg Siam untuk memulakan aktiviti. Malam sebelum itu kami sempat 'brainstorming' apa aktiviti kami seterusnya. ada yang keluar idea pelik-pelik nak melawat big buddha lah, melawat Angthong National Marine Park lah, main go kart lah..tapi last-last sekali semua cancel sebab nak menyambut ketibaan 'Hero of the ride' Mr Pokli yang bakal tiba awal-awal pagi in dengan menaiki ferry pertama jam 8.00am.

So sementara menanti ketibaan hero, kami pergilah mencari makanan halal dulu di sekitar Chaweng. Hasilnya perghhhh...menghampakan.. so kami terpaksa pergilah menuju ke arah jetty dan dengan harapan terjumpa kedai halal.

Setelah berkilo-kilo meter menaiki skuter, tak ada bayang kedai halal. so kami decide 'tapau' pulut ayam goreng tepi jalan dan berhenti di sebuah kedai yang betul-betul pintu masuk ke Hin ta & Hin Yai (Grandfather & grandmother stone)

Amik gambar dulu sebelum cari makan

Ni ler kedai yang kami berhenti tu..

Lebih kurang jam 9.30am, kami mendapat panggilan daripada Hero kami, Pok li yang telah tiba di jeti seatran, Ok guys, lets go and meet our hero!! 

Selepas berjumpa dgn hero kami, Langsung kami memulakan aktiviti pada hari ini, pusing pulau dulu!!! meh belanja gambiran dulu..

Amik gambiran dengan Pokli dulu

Lamai beach 

Kami lagi

Ni area birdview 

Abam sadeeq yang sado

Panoramic view dulu


Ntah nape asyik kat tangga je 

Kami...

Ok aktiviti pagi dah selesai, so isi tank babat dulu kat kedai muslim di Chaweng dulu. sementara tengah tunggu makan, aku dengan haled pergi ke kedai sebelah (tourist agency) nak tengok-tengok lah ape pekej yang ada. so ini perbualan yang aku sempat rakam.hehheh

aku : Hello, you got any packej for half day tour?
Nyonya siam : Got...we have half day tour..THB 800 only, but tomorrow ok, today already finish..
aku : Aiya..no more ar? so what left can be done today?
Nyanya Siam : You go for Full Moon party tonight at Koh Phagan, everybody go there tonight...1 person normal I take THB1000, but for you all give you special price..THB 800 only..include boat & van 2 way from hotel. go at 4.00pm ok..can see the view first...
aku : ok ok, I discuss with my friend..

Belum sempat keluar..tu dia Mr RBZ dah tunjuk tanda 'good'.. kire on la tu..

aku : Ok lah, we take package for 8 person. Haled..bayar lah..hehhehe

So lepas tu dialog antara Haled dengan Nyonya siam tu..closed deal la tu,,

Ok so jam 4.00pm, semua dah ready di bawah hotel untuk menuju ke Koh Phangan. sebiji econovan 12 seater dah sedia menanti kat bawah. boleh tahan sewel brother bawak van ni, laju nak mampus dalam pulau ni.  

So 4.30pm, kami telah tiba di jeti untuk ke Koh Pangan, awal tu takdelah ramai..sekali dalam 10 minit kemudian kalih-kalih dah ramai umat...antara yang dah sampai seorang bintang rajalawak Malaysia. Tapi boleh dia buat tak reti je siap dengan pakai hoodie tengah panas-panas buta ni. (malu/sombong gua tak boleh nak komen sbb aku pon buat dek je dengan dia..macam gua nak hadap sangat..hahhaha).

Jam 5.00pm,bot pertama ke Koh Phagan telah sedia untuk bertolak. 30 minit kata pilot bot ni..so untuk membuang masa. moh kite amik gambiran banyak-banyak.

Brother Shukur & Mr RBZ

Sronot ye ko sadeeq

Bidin ni mcm SB lak ye pakai spek

Bergambiran dulu

Lebih kurang 5.40pm, kami telah selamat tiba di Koh Phangan....bayar tiket THB100 dulu sebelum masuk...perghh....boleh tahan havoc dengan Mat & Minah Saleh sini...meriah dengan club dan restoran yang pastinya Non halal..

Tanpa membuang masa kami menyusuri kedai-kedai dan menuju ke arah Haad Rin Beach, pusat tumpuan di Koh Phagan ni. Setibanya disana...dalam hati aku bercakap..Hmmmmm..ni je ke?? selain daripada pantai, stall air kencing setan dalam bucket (mojito) dengan mat saleh mandi laut..tengok gelagat manusia..Nothing to impress me..puii!!! Tapi nak buat camne..dah sampai.. hadapkan je Jebat..tapi gambiran ambik gak la..hehhehehheheh..

Ni ler pantai tu...

Hat ni bile malam lak

Ni siape amik ntah 

Gua cucuk bulan la,,,

Kami di Koh Phangan!!


Beronok-ronok ye pokli

Bicep besar..chest besar tapi kalau tak bukak baju tak guno sadeeq..hehehhehe

Lebih kurang jam 9.00mlm waktu siam, kami ambil keputusan drastik untuk pulang ke Samui..boring beb sebab kalau lu bukan kaki party, memey buang karen je datang sini..kami pun menyusuri kedai-kedai untuk ke jeti. Setibanya ke jeti perghhh.. kaget gua melihat manusia berduyun-duyun baru sampai...yang tak berbaju..yang baju kurang..yang tua..yang muda...semua baru sampai!!! bengkek je gua dengan nyonya siam tuh..kalau tahu baik kami rehat dulu malam baru datang!!(betul punya anticlimax laaa...)

So lebih kurang jam 10.30pm, kami decide untuk amik skuter, pergi makan lagi berfaedah. so untuk hari ni, habis sudah aktiviti..dah tido-tido..esok nak ride balik..hehehhe

So untuk merawat hati aku yang luka ni..meh belanja sedikit kegambiran..please enjoice!!!

Ni je yang party


lai..lai..Jin and tonic





Binatang apakah ini??



Dikir bule..

Sadeeq bolt!!!

Body paint art 

Ni ler pantai tu...



Er...hello sir 

aik??sini pon ada jungle gym???