Sunday, 14 December 2014

Mega Ride 2014 - Koh Samui - ep1

Salam 1 Bikerz geng!!!

Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi setelah lama tak meng'hupdate' coretan di dalam blog ini akhirnya ada gak story the mory yang ingin kami kongsikan khas untuk anda semua pembaca blog nscbikerzclan.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana korang sudi nak melawat blog ini sehingga dah mencecah angka 16 ribu page view sejak blog ini diwujudkan pada Jan 2013(tocei...tocei) Insyaallah jika ada kelapangan aku akan selalu hupdate story di sini ye..

Ok cut the crap, now is the real deal. pada 4 hingga 8 Disember 2014 yang lalu, nscbikerz telah menganjurkan satu lagi ride mega ke Koh Samui. Pada asalnya plan ride ini mengalami pelbagai kesukaran seperti timing tak kena, bebanan kerja yang tak surut-surut, masalah kesihatan family members dan lain-lain lagi lah.

Tapi atas desakan dan komitment yang ditunjukan oleh abam presiden, alhamdulilah berjaya juga kami laksanakan program mega ride 2014. (Thank you bos..u the man!!)

So promosi telah dijalankan secara intensif dan alhamdulilah, seramai 8 orang ahli telah meng'comfirm'kan penyertaan ride pada kali ini. (pada ahli yang lain next time pastikan korang join ye..)

Poster mega ride 2014


DAY 1 KL - Hatyai


Hari yang dinantikan telah tiba, kesemua bikerz telah memastikan kondisi jentera pada tahap yang optimum (heheh) kerana tour pada kali ini bakal memakan per'kilometer'an lebih kurang 920km sehala.

Kesemua bikerz telah memulakan perjalanan menuju ke border seawal jam 8.30am dari starting point masing-masing (ada yang dari Bukit Jalil, ada yang dari Sungai buloh..macam aku dari Shah Alam) So kami telah set satu check pint di petronas Slim River. Meh belanja gambiran sikit.

Discuss hape tu bang??

Starting point 

Amik kegambiran dulu
Tepat jam 10 pagi, tayar golek menuju ke RNR Tapah untuk isi tank babat!!!! yeah!!

Isi tank babat dulu

Lebih kurang 1 jam isi babat ni, kasi isi tank minyak pulak..dan menuju ke arah RNR Gurun pulak sebelum last pit stop di Changlun. dan seterusnya ke Border Padang Besar, Perlis. Alhamdulilah sepanjang perjalanan ni cuaca ter'very-very'lah good dan dipermudahkan..

 Sementara tunggu insuran, ada yang pergi minam2 dulu. sesambil tu lepak-lepak kejap melayan perasaan. hihihihi. Jom layan gambiran sikit.

Mr Awui & Bidin Al Zaifa 

Gambiran phone tercicir (boleh tuka IP6 dah tu,,,)

Tepat jam 4 petang, welcome to Thailand, di sini Mr Un kita mengemudi perjalanan untuk terus ke Bandar Hatyai. Time ni cuaca tak menentu, kejap hujan renyai-renyai, kejap panas. meh layan gambiran sikit.

Dah buat clearance, lets roll!!!

Hello Thailand 


Mr Sadeeq dengan 'tong gas' nye

Dah start main hujan

Mr Un dengan helmet barunye..hehhehe
Jam 5 petang, kami selamat tiba di Bandar Hatyai, pekene makan di restoran rasmi Mr Un kita dulu..dia punye menu dan rasa cakap banyak pon dah tak gune bro..perut dah lapar kasi sariap dulu.. hehheheh...

Parking chantek2 sebelum makan

Tu dia Mat Haled dah tak pedulik dah,,,

Kemudian Mr. Un terus lead kami ke Hotel Florida. dan menjadi titik noktah kepada Un untuk 'berpisah' sementara dengan kami kerana beliau mempunyai misi lain yang bakal diharungi (peram moto katanya)..iaitu misi menawan 1000 corner di Mae Hong Son, Thailand (gua doakan kejayaan lu beb).

Yezzz...dah sampai hotel

Tu dia Abam Un dengan misi 1000 cornernye

Untuk malam harinya, aktiviti bebas di Hatyai, sesaje jela pergi jalan-jalan melayan mata, kebetulan pulak esok (5 Dis 2014) birthday King  Bumibol Adulyadej. So jalan utama memey jadi macam ICT Seksyen 7 la.. penuh dengan lampu.

Lepak bergambar dengan Raja Siam

So untuk perjalanan hari ini, gua nak conclude dengan sedikit kegambiran.. please enjoice bak hang!!!!

Lepak2 dulu..


Abam-abam badang NSC Bikerz 

Kami

Mr Un dah rindu bini katanye..

Lepak depan central dulu..hujan~~Brrrrr..

Mr RBZ dan Awui

Pose manje Mr Sadeeq


Sawadikap Thailand


Girang Bos RBZ kita ni


Hati-hati bam


Saturday, 26 July 2014

Majlis berbuka Puase 2014

Salam 1 Bikerz!!!

Bulan ramadhan ni memey telah dijanjikan sejuta keberkatan dan pahala olehNYA (pergh...ada can tak gua nak jadi Imam Muda??hehhehe..) seperti yang telah dinyatakan di dalam surah Al Baqaroh:-

 “Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (Al Baqaroh,2:83)

So nak dijadikan cerita...pada 17 Julai 2014 yang lepas..NSC Bikerz Clan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama adik-adik dari Darul Kifayah Gombak bagi meraikan mereka sempena bulan baik ini..

Program ini sememeynya telah diterajui oleh Boh Labit kita dan disokong oleh kelab-kelab bermotorsikal kuasa tinggi dari luar seperti 300kmj, V-Kings,dan ABAR (Thank you brothers atas sokongan korang,I Love You Ganda 33!!!! kebaboommm!!!)

Program ini telah bermula lebih kurang jam 6 petang (lewat sikit dari plan asal..hari kerja boh..) ketibaan adik-adik dari Darul Kifayah seramai lebih kurang 20 orang telah disambut dengan amat VIPnye..hehehhe

Meh belanja sikit gambiran

Tu dia..adik-adik VIP udah sampei

Layanan mesra dari Big Boss

Selepas itu sedikit ucapan telah disampaikan oleh tuan penasihat aka Mr Rozaki (tahniah bos dah hupgrade jawatan ke Presiden MSN) berserta penyampaian angpau dan sumbangan dari kami..tak caye cube tengok gambiran ni..

Yezz...Big Boss kasi ucapan

Majlis penyerahan angpaw dan cenderamata

Senyum bang..jangan tak senyum

Ibu-ibu tunggal pon tak terlepas juga..


Ha...bos dah abis berucap..apa lagi..kita bawak adik-adik kita ni naik jentera kami lah..punye syok la diorang pilih jentera sampai dengar kata jentera Yamaha LC Mr Os pun laku ek?? hehhehe..

Gentlemen..start your engine!!!

Aik???bile mase Najib bawak diavel???

Hemsem ZX14 tu kan??

Kontrol senyum tu Mr Un

Adik ni yang paling terer pilih mutu..hehhe

Aiseh..gembira nampak bang???


Mr Bunny 

Selepas bawak adik-adik kita ni meronda, acara utama telah bermula...ape lagi boh..Beriftar lah kita..tekak dah kering, perut dah lapar...hehhehe...Azan magrib telah di'bilal'kan oleh Alfadil Ustaz Syed Farouk kita...memey syahdu beb suara dia sampai gua terus angkat wuduk cari kiblat..hehhehe

Haa....tambah dik..tambah..


Ni camne nak kira??anak boh pon ada..



Borak je bile nak kenyang bro..

Ha...yang ni paling bijak sebab makan..hehhee

Jadi makan sudah...solat pun sudah, ape lagi acara kemuncak telah tiba dengan sesi fotografi beramai-ramai..sebelum tu Kelab 300kmj buat kejutan dengan menyerahkan cek sumbangan kepada adik-adik kita ni..alhamdulilah..rezeki korang dik.

Tq abam-abam 300kmj!!!

Tuan rumah dulu la..hehehhe

Abam V-Kings

300kmj!!!!


Wakil ABAR

So selepas majlis selesai, kami pun mengucapkan selamat pulang kepada adik-adik Darul Kifayah tersebut..selepas tu kami beransur-ansur pulang awal untuk ke Masjid/surau bagi menunaikan solat tarawikh..hehhehehhe

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Berbillion terima kasih kepada para sponsors baik syarikat ataupun individu yang telah banyak memberi sumbangan didalam menjayakan Majlis ini...aku dokan agar Allah SWT akan memberi rezeki yang lebih buat korang..insyallah (tahun depan sponsor lah lagi banyak ye..hehheh)..

Disamping itu aku turut nak ucapkan terima kasih kepada abam-abam bikers 300kmj, V-Kings dan ABAR yang telah memeriahkan majlis ini..(Korang memey besh dan bikers yang beriman bro!!two thumbs up!!!)

So sebagai konklusi kepada entry kali ini..meh aku belanja gambiran dan sedikit video editan amatur dari guwe...hehheheh!!!Assalamualaikum Challo Mere Beteh!!!!

KAMI!!!


Kenangan Beramei-ramei...




Salam Bikerz!!!!!

Salam 1 bikerz ,salam ramadhan dan salam aidilfitri..


Ape kabar rakan-rakan bikers disana??lame aku tak update story the mory nsc bikerz ni..sampai tuan labit kita (presiden baru...the very-very belated congratulation boh!!!) dah mula menyuarakan nasihat berbaur ugutan kepada gua..kuikuikui.

Acaner nak bagi alasan ek??em... the very-very sorry boss..memey sekarang ni tak terkejor mase yeop..banyak sangat rintangan yang tiba..biaselah berkhidmat demi sokan negara yang tak pernah mengenal mase dan keringat yang perlu dicurahkan..hehehe~~~

So dikesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan bikers islam yang berjaya menunaikan rukun islam yang ke-3..gua harap korang semua berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan berjaya meng'hupgrade' iman korang jugak...aminn...

Haaa... part yang paling besh ni..selamat ber'aidilfitri'lah kepada korang ye!!!berhati-hati dengan penuh extrajoss ketika memandu ape jua kenderaan untuk pulang ke kampung halaman, semoga korang heppy bersama yang tershayang ye!!

Akhir Kalam,  berayalah dengan penuh berhemah..kawal-kawal lah ketika bersantap dan lepas ghaye kita on the bike balik ye!!!!