Salam Bikerz!!!!
So untuk entry kali ni...aku nak sentuh sikit pasal etika konvoi..yela, ramai bikers di luar sana suka berkonvoi, tapi sorry to mention kadang-kadang gaya konvoi yang tak sesuai boleh mengundang kecelakaan baik terhadap diri sendiri ataupun kepada orang lain..so aku harap entry ini boleh memberi sedikit input kepada anda semua..please enjoice!!!!
Berkonvoi atau menunggang berkumpulan
sungguh menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus
tahu bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya
ini ada beberapa petua yang patut di ikuti.
Kumpulan harus kecil
Kumpulan yang kecil adalah lebih
selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain juga tidak terganggu
sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua adalah
yang paling berpengalaman antara semua.
Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu
Berkonvoi bukan bermakna bersatu di
dalam satu kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau
menunggang berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan
setiap ahli kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna
jalan raya yang lain.
•
Rancang— Ketua kumpulan perlu meninjau jauh
kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang boleh mengugat
perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat bersedia.
•
Orang baru di hadapan— Penunggang yang kurang berpengalaman
perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai kempulan. Cara ini
penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang kurang
berpengalaman.
• Kelajuan— Dalam sesuatu kumpulan mesti terdapat yang paling
perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan yang paling
perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan menunggang
lebih laju dari kemampuannya.
• Tahu Jalan— Ketua harus memberi taklimat tentang jalan yang
akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat. Rancang dan beritahu
ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan, solat dan sebagainya
sebelum bergerak.
*Jangan banyak
ragam–Ahli kumpulan harus ikut arahan ketua
kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum bergerak.
Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin tidak
secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak bukan
jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.
Jaga Jarak Anda!!!!!
Jarak berkumpulan harus dijaga tetapi
janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di jaga adalah;
Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi
yang teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain. Isyarat tangan
memadai.
Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua
lorong seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna (
mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri
lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang
penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu
saat belakang dan seterusnya.
·
Memotong — Harus dilakukan satu persatu.
·
Pertama,
ketua kumpulan _ memotong apabila selamat
·
Kedua_penunggang kedua bergerak ke kanan jalan dan
memotong bila selamat. Ketika pemandu kedua beralih ke kanan penunggang ketiga
harus ke belakang sedikit untuk menjaga jarak.
Formasi
Satu Barisan — terbaik untuk menunggang di jalan
satu / dua lorong, di kawasan bengkang bengkok, apabila membelok untuk masuk
satu persimpangan keluar dari lebuh raya dan juga memasuki lebuh raya. Pada
hakikatnya formasi ini bukan semestinya lurus tegak tetapi seperti dua barisan
Cuma lebih rapat. Pastikan jarak anda 2 saat.
Membelok
Kesilapan yang dilaku ramai penunggang
yang kurang pengalaman adalah terlampau laju bagi sesuatu selekoh itu. Ini
berlaku mungkin kerana silap membaca selekoh tersebut. Bila dah masuk selekoh
baru sedar berapa tajamnya selekoh tersebut.. Ini membuat penunggang tersebut
terbabas. Jika terbabas pada selekoh kanan tidak apa juga habis-habis masuk
rumput dan paling teruk masuk longkang atau langgar tebing, tetapi jika selekoh
kekiri terbabas bermakna memasuki lorong bertentangan. Jika ada kenderaan
ketika itu, Nahas!
Satu kesilapan yang kerap dilakukan
adalah membrek terlalu kuat. Bila ini berlaku anda akan kehilangan kendalian
moto. Ambil selekoh dengan teliti.
·
Perlahansebelum tiba di selekoh dengan menutup pendikit dan
guna brek jika perlu.
·
Liha
& Teliti arah yang anda hendak tuju , pandang
kehadapan ke arah tersebut.
·
Pilih – gear yang sesuai. Jika anda berada digear
no 5 sebelum selekoh turun ke gear empat
dan jika perlu ke gear tiga.
·
Alih sedikit posisi badan kearah selekoh yang
hendak diambil. Jika selekoh kanan alih posisi badan kekanan moto anda sedikit.
·
Tekan pendikit untuk memastikan roda belakang sentiasa
ada kuasa. Ini akan menimbangkan moto di selekoh. Pastikan moto di dalam
gear ketika mengambil selekoh. Jangan tarik klac dan mengeluncur.
·
Tingkatkan kelajuan apabila keluar dari selekoh.
Kredit kepada drmoto.com.my