Sunday, 29 September 2013

Etika konvoi????

Salam Bikerz!!!!

So untuk entry kali ni...aku nak sentuh sikit pasal etika konvoi..yela, ramai bikers di luar sana suka berkonvoi, tapi sorry to mention kadang-kadang gaya konvoi yang tak sesuai boleh mengundang kecelakaan baik terhadap diri sendiri ataupun kepada orang lain..so aku harap entry ini boleh memberi sedikit input kepada anda semua..please enjoice!!!!

Berkonvoi atau menunggang berkumpulan sungguh menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus tahu bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya ini ada beberapa petua yang patut di ikuti.

Kumpulan harus kecil

Kumpulan yang kecil adalah lebih selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain juga tidak terganggu sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua adalah yang paling berpengalaman antara semua.

Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu

Berkonvoi bukan bermakna bersatu di dalam satu kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan setiap ahli kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

• Rancang— Ketua kumpulan perlu meninjau jauh kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang boleh mengugat perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat bersedia.

• Orang baru di hadapan— Penunggang yang kurang berpengalaman perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai kempulan. Cara ini penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang kurang berpengalaman.

• Kelajuan— Dalam sesuatu kumpulan mesti terdapat yang paling perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan yang paling perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan menunggang lebih laju dari kemampuannya.

• Tahu Jalan— Ketua harus memberi taklimat tentang jalan yang akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat. Rancang dan beritahu ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan, solat dan sebagainya sebelum bergerak.
*Jangan banyak  ragam–Ahli kumpulan harus ikut arahan ketua kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum bergerak. Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin tidak secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak bukan jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.

Jaga Jarak Anda!!!!!

Jarak berkumpulan harus dijaga tetapi janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di jaga adalah;
Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi yang teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain.  Isyarat tangan memadai.

Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua lorong seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna ( mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu saat belakang dan seterusnya.

 
·         Memotong — Harus dilakukan satu persatu.
·         Pertama, ketua kumpulan _ memotong apabila selamat
·         Kedua_penunggang kedua bergerak ke kanan jalan dan memotong bila selamat. Ketika pemandu kedua beralih ke kanan penunggang ketiga harus ke belakang sedikit untuk menjaga jarak.

Formasi Satu Barisan — terbaik untuk menunggang di jalan satu / dua lorong, di kawasan bengkang bengkok, apabila membelok untuk masuk satu persimpangan keluar dari lebuh raya dan juga memasuki lebuh raya. Pada hakikatnya formasi ini bukan semestinya lurus tegak tetapi seperti dua barisan Cuma lebih rapat. Pastikan jarak anda 2 saat.


Membelok

Kesilapan yang dilaku ramai penunggang yang kurang pengalaman adalah terlampau laju bagi sesuatu selekoh itu. Ini berlaku mungkin kerana silap membaca selekoh tersebut. Bila dah masuk selekoh baru sedar berapa tajamnya selekoh tersebut.. Ini membuat penunggang tersebut terbabas. Jika terbabas pada selekoh kanan tidak apa juga habis-habis masuk rumput dan paling teruk masuk longkang atau langgar tebing, tetapi jika selekoh kekiri terbabas bermakna memasuki lorong bertentangan. Jika ada kenderaan ketika itu, Nahas!
Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah membrek terlalu kuat. Bila ini berlaku anda akan kehilangan kendalian moto. Ambil selekoh dengan teliti.

·         Perlahansebelum tiba di selekoh dengan menutup pendikit dan guna      brek jika perlu.
·         Liha & Teliti arah yang anda hendak tuju , pandang kehadapan ke arah tersebut.
·         Pilih – gear yang sesuai. Jika anda berada digear no 5 sebelum selekoh turun ke gear empat dan jika perlu ke gear tiga.
·         Alih sedikit posisi badan kearah selekoh yang hendak diambil. Jika selekoh kanan alih   posisi badan kekanan moto anda sedikit.
·         Tekan pendikit untuk memastikan roda belakang sentiasa ada kuasa. Ini akan menimbangkan moto di selekoh.  Pastikan moto di dalam gear ketika mengambil selekoh. Jangan tarik klac dan  mengeluncur.
·         Tingkatkan  kelajuan apabila keluar dari selekoh.



Kredit kepada drmoto.com.my 

No comments:

Post a Comment