Sunday 29 September 2013

Etika konvoi????

Salam Bikerz!!!!

So untuk entry kali ni...aku nak sentuh sikit pasal etika konvoi..yela, ramai bikers di luar sana suka berkonvoi, tapi sorry to mention kadang-kadang gaya konvoi yang tak sesuai boleh mengundang kecelakaan baik terhadap diri sendiri ataupun kepada orang lain..so aku harap entry ini boleh memberi sedikit input kepada anda semua..please enjoice!!!!

Berkonvoi atau menunggang berkumpulan sungguh menyeronokkan kerana bersama kawan-kawan yang ramai. Tetapi anda harus tahu bahawa berkonvoi itu boleh mengundang bahaya. Untuk menggurangkan bahaya ini ada beberapa petua yang patut di ikuti.

Kumpulan harus kecil

Kumpulan yang kecil adalah lebih selamat kerana ia senang di kawal dan kenderaan lain juga tidak terganggu sangat. Jika Kumpulan anda besar pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Paling sesuai antara 5/6 moto. Setiap kumpulan perlu ada ketua dan ketua adalah yang paling berpengalaman antara semua.

Berkumpulan Harus Bersama bukan Bersatu

Berkonvoi bukan bermakna bersatu di dalam satu kelumpuk macam sekelompok lebah terbang kesana sini. Berkonvoi atau menunggang berkumpulan ada tata tertibnya. Ini semua untuk menjaga keselamatan setiap ahli kumpulan dan juga tidak menyusahkan atau membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

• Rancang— Ketua kumpulan perlu meninjau jauh kehadapan untuk memastikan tiada halangan atau perkara yang boleh mengugat perjalanan anda. Beri isyarat lebih awal supaya kempulan dapat bersedia.

• Orang baru di hadapan— Penunggang yang kurang berpengalaman perlu di posisi hadapan, di belakang ketua yang mengepalai kempulan. Cara ini penunggang yang lebih berpengalaman boleh memperhatikan yang kurang berpengalaman.

• Kelajuan— Dalam sesuatu kumpulan mesti terdapat yang paling perlahan misalnya. Kelajuan kumpulan harus serentak dengan yang paling perlahan. Cara ini tiada yang ketinggalan atau pun tiada yang akan menunggang lebih laju dari kemampuannya.

• Tahu Jalan— Ketua harus memberi taklimat tentang jalan yang akan diambil. Begini jika ada yang ketinggalan tidak sesat. Rancang dan beritahu ahli kumpulan tempat rehat, isi minyak, minum, makan, solat dan sebagainya sebelum bergerak.
*Jangan banyak  ragam–Ahli kumpulan harus ikut arahan ketua kumpulan. Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui beritahu sebelum bergerak. Jangan sudah tiba tempat makan baru menghilang kerana makanan mungkin tidak secocok ataupun berhenti isi minyak dia tidak henti kerana stesyen minyak bukan jenamanya. Jika tidak boleh mengikut arah jangan gatal nak berkonvoi.

Jaga Jarak Anda!!!!!

Jarak berkumpulan harus dijaga tetapi janganlah rapat sangat. Perkara yang mesti di jaga adalah;
Jangan berkumpul seperti lebah. Ikut formasi yang teratur. Tidak perlu bercakap antara satu sama lain.  Isyarat tangan memadai.

Formasi— berkonvoi adalah seperti berikut. Di jalan dua lorong seperti lebuhraya ketua di hadapan di sebelah kanan lorong yang diguna ( mengikut kelajuan) Penunggang kedua satu saat belakang ketua tetapi di kiri lorong tersebut. Penunggang ketiga di sebelah kanan lorong satu saat belakang penunggang kedua atau 2 saat belakang ketua. Penunggang keempat di kiri satu saat belakang dan seterusnya.

 
·         Memotong — Harus dilakukan satu persatu.
·         Pertama, ketua kumpulan _ memotong apabila selamat
·         Kedua_penunggang kedua bergerak ke kanan jalan dan memotong bila selamat. Ketika pemandu kedua beralih ke kanan penunggang ketiga harus ke belakang sedikit untuk menjaga jarak.

Formasi Satu Barisan — terbaik untuk menunggang di jalan satu / dua lorong, di kawasan bengkang bengkok, apabila membelok untuk masuk satu persimpangan keluar dari lebuh raya dan juga memasuki lebuh raya. Pada hakikatnya formasi ini bukan semestinya lurus tegak tetapi seperti dua barisan Cuma lebih rapat. Pastikan jarak anda 2 saat.


Membelok

Kesilapan yang dilaku ramai penunggang yang kurang pengalaman adalah terlampau laju bagi sesuatu selekoh itu. Ini berlaku mungkin kerana silap membaca selekoh tersebut. Bila dah masuk selekoh baru sedar berapa tajamnya selekoh tersebut.. Ini membuat penunggang tersebut terbabas. Jika terbabas pada selekoh kanan tidak apa juga habis-habis masuk rumput dan paling teruk masuk longkang atau langgar tebing, tetapi jika selekoh kekiri terbabas bermakna memasuki lorong bertentangan. Jika ada kenderaan ketika itu, Nahas!
Satu kesilapan yang kerap dilakukan adalah membrek terlalu kuat. Bila ini berlaku anda akan kehilangan kendalian moto. Ambil selekoh dengan teliti.

·         Perlahansebelum tiba di selekoh dengan menutup pendikit dan guna      brek jika perlu.
·         Liha & Teliti arah yang anda hendak tuju , pandang kehadapan ke arah tersebut.
·         Pilih – gear yang sesuai. Jika anda berada digear no 5 sebelum selekoh turun ke gear empat dan jika perlu ke gear tiga.
·         Alih sedikit posisi badan kearah selekoh yang hendak diambil. Jika selekoh kanan alih   posisi badan kekanan moto anda sedikit.
·         Tekan pendikit untuk memastikan roda belakang sentiasa ada kuasa. Ini akan menimbangkan moto di selekoh.  Pastikan moto di dalam gear ketika mengambil selekoh. Jangan tarik klac dan  mengeluncur.
·         Tingkatkan  kelajuan apabila keluar dari selekoh.



Kredit kepada drmoto.com.my 

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitulhidayah,Puchong

Salam Bikerz !!!!!


Pada 20/07/2013 yang lepas, NSC Bikerz Clan telah mengelolakan Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim  Baitulhidayah,Puchong. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak yatim telah didatangkan khas dengan diiringi oleh abam-abam biker NSC Bikerz Clan dan juga dari kelab bermotorsikal 300 km/j (TQ Brothers for your support!!!)..Seramai 23 orang bikers telah menghadirkan diri ke majlis ini.

So dipendekan cerita, adik-adik dari rumah kebajikan  Baitulhidayah telah tiba lebih kurang jam 6.00 ptg di perkarangan Dewan Komanwel, MSN dan telah disambut oleh Tn. Pengerusi kita, Mr. RBZ..(torbaeek bos).

Sebelum majlis bermula, para bikers sempat beramah mesra dengan anak-anak yatim dan juga tetamu yang hadir. meh belanja gambiran sikit..

Tuuu diiaaaa...adik-adik dah mai!!

minat ye dik?? hehhe

Antara bikers yang terlibat.

Chef yang sedang khusyuk dengan final touch donut.

Bikers otai Hj. Subri dengan Ustaz Hasnol

Main table

Neeiii diaa bak hang!!!
 Jadi acara bermula jam 6.15 ptg dengan bacaan doa daripada Ustaz hasnol. kemudian sedikit ucapan juga disampaikan oleh Bos Besar NSC bikerz clan, Tn RBZ dengan gaya yang amat sempoi..hehhehe

Khusyuk bacaan Ust ni..hehheh

Ucapan ringkas daripada Tn RBZ

Kemudian majlis disusuli dengan sedikit cenderahati dan juga 'ang pau' raya...(murah rezeki para sponsor dan individu yang sudi 'sponsor' majlis ni..tq guys!!ternyata korang mmg bersih hatinye..hehhehe)


Cek ape tu dik????hehehe

Yang paling comey budak ni lah..hahhah

Sedikit bantuan kewangan kepada wakil Rumah kebajikan Baitulhidayah,Puchong

Gambiran kenangan bersama. alhamdullilah~~

Haaaa....acara kemuncak bermula...adik-adik istimewa ini diberi peluang untuk menaiki jentera mengikut selera masing-masing..(laku gak kuda itam ko ye Mr. Os..berebut budak-budak ni nak naik..hehheh)


Gaya bersahaja Mr. Haled kita ni..

Tu diaaa....

jentera sewa Mr. Labit..hehheheh

Giliran bos pulak...

Dah puas meronda kasi tangkap gambiran la..hehheh


Okey jom parking..kang nak buka pose lak..hehe


Tu mane bro Ansar nak pegi tu??? 
 So tepat jam 7.30pm, azan telah berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa bagi  Kuala Lumpur dan juga kawasan sewaktu dengannya..Bismilliahhh~~~~

Sedap ye jib??

Haa..tambah dik..

Adik-adik yang menikmati juadah 



Meeting plan ke Koh Samui ke tu???


Berbuka sudah...solat pon sudah..jadi sudah sampai penghujung majlis berbuka puasa ini..so kesempatan ini aku nak ucapakan berjuta-juta terima kasih kepada para hadirin yang sudi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa kepada para sponsor (Mike Tong, Mamam bakery, Zila Enterprise, Ansar Marketing, En Farega, Tn. Amreen, Pn. Nik Mardyiya & Tn. Aril), moga Allah SWT merahmati rezeki anda serta memberkati kehidupan anda semua..insyaallah... dan juga yang disayangi..Abam-abam 300 km/j dan juga NSC Bikerz Clan..love u all lah!!!mmuuuuuuaahhhh!!!

Harapan aku, semoga majlis ini tidak berakhir di sini sahaja dan menjadi titik permulaan NSC Bikerz Clan untuk berbakti kepada masyarakat..cewwaaahhh!!! Sebelum aku nak end post kali ni..meh aku belanja gambiran sikit....please enjoice!!!!


Gaya bikers muda.

Pasang angan-angan kot..

Labit's chronicle..hehhehe


Insyallah dik..satu hari nanti turn korang pulak..


bumble bee aku pun kene gak??hahhaha

Friday 27 September 2013

Sepang international course ride

Salam 1 bikerz!!!

Lama tak update blog ni..sebenarnye sepanjang tak update ni banyak juga aktiviti secara solo yg dijalankan oleh ahli-ahli bikerz,tp sebab aku tak join takdelah update(hahhahaha..tu la ajak tak kene masa)

Taapiii...pada 16 Jun 2013, kami telah terpanggil utk join 1 ride mega yg digelar sebagai the loudest bike gatering 2013.ride mega ini adalah dianjurkan oleh moto guzzi malaysia sempena gt japan 2013.(tq Dato ..u the man!!)

Untuk ride kali ini,nscbikerz telah menghantar 10 buah jentera untuk memeriahkan suasana.kami telah berkumpul seawal jam 8pg di moto guzzi..setibanya di sana mmg dah dah ramai bikers telah berkumpul..(perghhh!!!! Kalau tak silap adalah dekat 1000 biji jentera kat sini)

Neeiidiaaa kedai tuu...

Tiket nak masuk trek di tangan

Bad yang sedang mengelamun..hehehhe

Pakar ekonomi NSC Bikerz Clan..hehhe

Jadi sementara nak menanti briefing dr pihak moto guzzi,kami sempatlah beramas-mesra dgn bikers dr team lain..ada gak yg p usha jentera kt dlm showroom (pasang impian beb..manelah tau klu ada jodoh nanti..hehehhe)

Cun gak kan suzuki boulevard ni? hehhehe

Antara jentera kegemaran Mr. Rozaki kita..
Lebih kurang jam 10pagi,sedikit briefing telah disampaikan oleh tokei moto guzzi dan juga safety briefing dr inspector shahab kita..hehehhe


Pandai tuan ni buat lawak..heheh

Jam 10.30am!!!on the bike!!!yezzz punyelah aku tunggu dr jam 8pg td..hehheh..kami telah diescort oleh abam-abam polis ke SIC..Lebih kurang jam 11.30am,kami semua telah selamat tiba ke SIC..mase ni punyelah panas mase ni dengan kehadiran biker dengan deruman kereta lumba gt japan..memey torbaek lah feeling masa ni..heheh..

RBZ bersama Awoi..

Sesi 'memoyo'kan diri..hehe


Pihak penganjur turut memberi peluang kepada bikers yang hadir untuk 'merasai' trek sepang ni..(yezzz...merasa gak bumble bee aku masuk trek walaupun 2 round je...hehehhe)

Kegirang Bos RBZ!!!

KAMI di SIC!!! yeahh!!!

Bumble bee@SIC

Tuuu diaaa....


So untuk kemuncak acara tersebut, kami diberi peluang untuk melawat garaj kenderaan yang berlumba pada hari tu...tp mata kami lebih tertumpu kepada 'penyeri litar' pulak..hehheheh..meh belanja gambiran sikit ;)

Cantik kan payung dia????

Pomen sedang merepair breakdisc kot..


Iklan team PASIFIC

bonet kenderaan En. Jihan

Lebih kurang jam 3 petang, kami bergerak keluar dari SIC, lepak-lepak kasi bash tekak jap then terus pulang..meh belanja gambiran sikit sebangai ending post kali ini..hehhehe..


I.M JIHAN katenyeee..

NSC Bikerz Clan

BOS RBZ bersama Jentera kesayangan beliau

Tuuu diaaa sikit punye ummat....


Pingat kemenagan Mr. M. Najib ;)