Sunday 29 September 2013

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitulhidayah,Puchong

Salam Bikerz !!!!!


Pada 20/07/2013 yang lepas, NSC Bikerz Clan telah mengelolakan Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim  Baitulhidayah,Puchong. Seramai lebih kurang 20 orang anak-anak yatim telah didatangkan khas dengan diiringi oleh abam-abam biker NSC Bikerz Clan dan juga dari kelab bermotorsikal 300 km/j (TQ Brothers for your support!!!)..Seramai 23 orang bikers telah menghadirkan diri ke majlis ini.

So dipendekan cerita, adik-adik dari rumah kebajikan  Baitulhidayah telah tiba lebih kurang jam 6.00 ptg di perkarangan Dewan Komanwel, MSN dan telah disambut oleh Tn. Pengerusi kita, Mr. RBZ..(torbaeek bos).

Sebelum majlis bermula, para bikers sempat beramah mesra dengan anak-anak yatim dan juga tetamu yang hadir. meh belanja gambiran sikit..

Tuuu diiaaaa...adik-adik dah mai!!

minat ye dik?? hehhe

Antara bikers yang terlibat.

Chef yang sedang khusyuk dengan final touch donut.

Bikers otai Hj. Subri dengan Ustaz Hasnol

Main table

Neeiii diaa bak hang!!!
 Jadi acara bermula jam 6.15 ptg dengan bacaan doa daripada Ustaz hasnol. kemudian sedikit ucapan juga disampaikan oleh Bos Besar NSC bikerz clan, Tn RBZ dengan gaya yang amat sempoi..hehhehe

Khusyuk bacaan Ust ni..hehheh

Ucapan ringkas daripada Tn RBZ

Kemudian majlis disusuli dengan sedikit cenderahati dan juga 'ang pau' raya...(murah rezeki para sponsor dan individu yang sudi 'sponsor' majlis ni..tq guys!!ternyata korang mmg bersih hatinye..hehhehe)


Cek ape tu dik????hehehe

Yang paling comey budak ni lah..hahhah

Sedikit bantuan kewangan kepada wakil Rumah kebajikan Baitulhidayah,Puchong

Gambiran kenangan bersama. alhamdullilah~~

Haaaa....acara kemuncak bermula...adik-adik istimewa ini diberi peluang untuk menaiki jentera mengikut selera masing-masing..(laku gak kuda itam ko ye Mr. Os..berebut budak-budak ni nak naik..hehheh)


Gaya bersahaja Mr. Haled kita ni..

Tu diaaa....

jentera sewa Mr. Labit..hehheheh

Giliran bos pulak...

Dah puas meronda kasi tangkap gambiran la..hehheh


Okey jom parking..kang nak buka pose lak..hehe


Tu mane bro Ansar nak pegi tu??? 
 So tepat jam 7.30pm, azan telah berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa bagi  Kuala Lumpur dan juga kawasan sewaktu dengannya..Bismilliahhh~~~~

Sedap ye jib??

Haa..tambah dik..

Adik-adik yang menikmati juadah 



Meeting plan ke Koh Samui ke tu???


Berbuka sudah...solat pon sudah..jadi sudah sampai penghujung majlis berbuka puasa ini..so kesempatan ini aku nak ucapakan berjuta-juta terima kasih kepada para hadirin yang sudi memeriahkan majlis ini. Tidak lupa kepada para sponsor (Mike Tong, Mamam bakery, Zila Enterprise, Ansar Marketing, En Farega, Tn. Amreen, Pn. Nik Mardyiya & Tn. Aril), moga Allah SWT merahmati rezeki anda serta memberkati kehidupan anda semua..insyaallah... dan juga yang disayangi..Abam-abam 300 km/j dan juga NSC Bikerz Clan..love u all lah!!!mmuuuuuuaahhhh!!!

Harapan aku, semoga majlis ini tidak berakhir di sini sahaja dan menjadi titik permulaan NSC Bikerz Clan untuk berbakti kepada masyarakat..cewwaaahhh!!! Sebelum aku nak end post kali ni..meh aku belanja gambiran sikit....please enjoice!!!!


Gaya bikers muda.

Pasang angan-angan kot..

Labit's chronicle..hehhehe


Insyallah dik..satu hari nanti turn korang pulak..


bumble bee aku pun kene gak??hahhaha

No comments:

Post a Comment