Thursday 7 January 2016

Mega Ride 2015, Koh Lanta, Thailand. Part 1

Assalamualaikum Bikerz!!!!

Aku rasa masih belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat tahun baru untuk korang pembaca-pembaca blog NSC Bikerz Clan!!! Sedar tak sedar dah masuk tahun ke - 4 aku menghiburkan korang dengan entry pengalaman & story kami sejak tertubuhnya kelab 'kerdil' ini pada tahun 2012. Jutaan terima kasih kerana masih menyokong kami!!! ohh yeaahhh!!!!

So untuk entry kali ini, aku nak berkongsi pengalaman kami ke Koh Lanta, Thailand pada 23- 27 Disember 2015 yang lalu.

Planning nak ke Koh Lanta ni adalah hasil cetusan idea Mr Un ketika kami bermesyuarat di Pulau Pinang 17 - 18 Oktober 2015. Masa tu macam-macamlah planing dari routing sampailah ke bayaran. alhamdullilah semua ahli bagi komitment yang amat terpujilah walaupun ada yang menarik diri disaat-saat akhir. (hahhahahahhah)

Kalau sembang takde gambiran pon tak syok kan? meh belanja sikit..

Lepak sekejap kat petronas Juru

Ok dah sampai hotel Heritage Penang 

Jejak kasih abang adik 

Aktiviti petang dalam pool 

Aksi apungan Mr Presiden 

Sebelum meeting makan dulu 

TQ Bos atas tajaan makan malam..hehheheh

Lepak di Padang Kota Lama 


Hantar repot ye bang???

Sebelum gerak breakfast dulu

Kami di Penang!!!


Macam aksi Gay sejati kan?

Pelesit NSC Bikerz...mengah wo nak kejar depa ni...


Day 1, Kuala Lumpur - Hatyai

Nak dijadikan cerita, jump start ride kali ini terbahagi kepada 3 group sebab ada yang masih belum menyelesaikan tugasan hakiki, ada yang masih bersama famili terchenta, ada yang telah menanti di Perlis.

So group pertama yang berlepas aku, Mr. RBZ, Abg Syukur & Farouk telah memulakan perjalanan dalam jam 10.00am sebab kami target nak jumpa Mr Un dalam jam 5.00pm kat Arau (Ride santai je bro..tak de kalut nak rushing..hehehhe)

Meh belanja sikit gambiran.

Kuda merah sudah ready!!!

Gambiran dulu sebelum gerak

Lebey kurang jam 4.00pm kami dah selamat tiba ke Changlun, settlekan segala hal-hal insuran TJ kat sini. 4.30pm, Tayar golek ke Arau untuk berjumpa dengan Mr. Un untuk mengambil insuran kami (kami dah book awal-awal lagi, malas nak kalut beli insuran sebab tau memey akan ramai orang punye)

Lebey kurang jam 5.30pm kami dah jumpa Mr. Un, collect insuran siap-siap...sekali boleh ter'miss' pula insuran abg farouk kite..(eemmmm..kene buat kat Padang Besarlah jawab nye..)


Settlekan insuran dulu 

Ok jom tayar golek ke Arau

Collect insuran dulu

Ok insuran dah settle!!!let go to thailand via Padang Besar!!!

Senyum lebar farouk dah lama tak masuk siam katanya

Lebih kurang jam 8.00pm Malaysia kami telah selamat sampai ke Hatyai darul Massage!!! papehal kene cari makan dulu sebab dah kebulur betul dah ni. hehehhe

Bismillah~~~ 
Dalam pada syok-syok nak makan sekali kami digemparkan dengan berita jentera Er6 (katak ijao) tuan presiden kita sudah gagal untuk dihidupkan di Sungkai, Perak. (Perrrghhhh...ini sudah rosak plan sebab kami cadang nak sambut kehadiran presiden dengan awui keesokan harinya).

So ape yang belaku, Mr Labit maklumkan kepada kami jentera beliau telah selamat di'towing'kan ke MMR Ipoh dan dijadualkan masuk ke hospital esok pagi. (hehhehe)

Katak ijau sudah sakit 

So end of story untuk hari ni. Malam ni relek-relek dulu pekena pulut mangga dengan terh tarik dulu..yeeehhaaa!!!!! Meh belanja sikit gambiran~~~please enjoice!!!!

Kedai faberet ni!!!!



  

No comments:

Post a Comment