Sunday 6 January 2013

Motorsikal ape yang patut anda miliki??

Salam 1 Bikerz..

Yezzz....sejak kehadiran blog ini..ramai member-member bikerz yang mula menaruh minat untuk memiliki 'jentera' bertanya pada aku " Motor ape yang patut aku beli ye bro?? motor ape yang paling sesuai untuk aku?..."

So dengan persoalan-persoalan yang diberikan..aku cuba lah bertanya pada pakcik 'google' untuk mencari jawapan kepada persoalan tersebut..


Kapasiti enjin yang sesuai untuk anda

Secara umumnya, kapasiti yang lebih besar bermakna berkuasa tinggi, lebih berat, penggunaan bahan api yang lebih banyak dan sudah semestinya.....memerlukan Ringgit Malaya yang banyak...

Jentera bawah 250cc dianggap motosikal kecil..(alamak..nampak nye lu kene hugrade la Mr. Ozzy..) Apa-apa sahaja dari lebih dari 250cc ke 650cc diklasifikasi sebagai pertengahan dan 650cc ke 1200cc adalah berprestasi tinggi manakala apa-apa yang lebih besar daripada itu adalah raksasa jalanan!!

Jadi...untuk klasifikasi cc yang bagi setiap kelas..berikut adalah prestasi yang ditawarkan:- 

 650cc - 1000cc: : prestasi yang sangat lincah (agility)
 900cc - 1200cc : Selesa untuk perjalanan jarak jauh.
 600cc : selesa untuk tunggangan 'off road'

Apa-apa yang lebih besar daripada 1400cc diterjemahkan sebagai 'cruiser' (selesa untuk perjalanan yang jarak jauh dengan keselesaan yang maksimum!)

Berapa silinder?

Anda mempunyai pilihan. Anda boleh memilih untuk memiliki jentera yang "relaks" atau prestasi yang maksimum - tetapi anda tidak boleh memiliki kedua-duanya.

Kurang silinder dikaitkan dengan cruising. Kurang silinder bagaimanapun mengehadkan rpm maksimum motosikal. Dari sudut impak prestasi, pecutan, kuasa kuda dan tork berlaku pada akhir output.  2 silinder menyampaikan tork lebih di revs rendah dan lebih sesuai untuk denai, off-road dan cruising kerana keperluan untuk tork lebih pada revs rendah.

Enjin bersilinder 4 lebih sesuai untuk jarak yang panjang di atas jalan tar kerana kelancaran enjin serta peningkatkan kuasa secara mengejut. Berbunyi lebih nyaring adalah lebih kepada ciri-ciri motosikal empat silinder dimana enjin mampu untuk 'output' sehingga 10000 rpm dan seterusnya.



Ciri-ciri motorsikal dan kriteria penggunaannya.

Commuter



Asas, lebih murah, berdaya tahan kepada semua jenis cuaca. Motorsikal seperti Suzuki Bandit 600 adalah sesuai kerana ia agak 'kuat dan menyeronokkan'.

Motorsikal ini yang agak murah untuk diinsuranskan, berkebolehan dalam keadaan jalan basah dan JIKA PERLU boleh juga digunakan untuk perjalanan jarak jauh . Enjin didatangkan samaada 2 atau 4 silinder bergantung kepada pilihan anda.



Cruisers

 

Motorsikal Cruiser adalah seperti 'Rolls Royce' di atas jalan. Mereka adalah besar dan selesa dan direka untuk tunggangan jarak jauh. Kelajuan tidak penting. Model yang paling popular adalah seperti Harley Davidson.

Kebiasaannya, motorsikal jenis cruiser adalah lebih berkilat dengan bahagian atau aksesori yang berwarna 'krom' (macam Mr. Labit punya)

Motorsikal ini secara lazimnya hanya dua enjin silinder Yang menjadikan motorsikal ini sperti 'malas' tetapi kuasanya tidak boleh dipertikaikan. Anda boleh membeli banyak aksesori tambahan seperti beg bagasi, handle bar, penghadang angin, dan bolt yang berkilat.


Touring

 

Motorsikal Touring adalah seperti sebuah kereta 'Mercedes benz'. Secara lazinnya, fizikal motorsikal ini adalah besar, selesa, berkelajuan tinggi dan dilengkapi dengan gajet-gajet seperti kawalan 'cruising', panel meter yang lebih besar.

Antara contoh motorsikal jenis ini yang popular adalah Honda Goldwing. Motorsikal jenis ini dilengkapi dengan 'gear reverse', lain-lain peralatan keselamatan dan aerodinamik.

Penunggang juga 'disajikan' dengan 'keselesaan' yang maksimum seperti kusyen yang lebih empuk, pemain CD dan panel kawalan yang menyediakan banyak informasi berkenaan keadaan jentera tersebut. Kebanyakan jentera tersebut adalah dikuasakan dengan 4 silinder untuk kuasa yang lebih tinggi dimana ia amat diperlukan semasa perjalanan jarak jauh.


Sports (race bikes)

 

Dianggap sebagai 'ferrari' di dalam kelas permotoran. Amat laju, aerodinamik dan sexy.

Keselesaan bukan faktor utama untuk jentera seperti ini kerana ia direka khas untuk perlumbaan yang tidak memakan masa yang lama. Tetapi bagi penggemarnya, 'kesakitan adalah sementara, kejayaan adalah segalanya'.

Antara model kegemaran aku adalah Yamaha TZF R1. Kelajuan maksimumnya boleh mencapai sehingga 300 kmj!!. Walaubagaimanapun, kerana faktor ini juga kadar insuran jentera ini agak mahal serta barangan ganti yang sememangnya sangat-sangat mahal. (hehehhehe..koyak..). Kebiasaanyanya, jenis jentera ini dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi dengan 4 silinder


All-Rounders

 

Jenis jentera ini mampu melakukan lebih 'pekerjaan' yang jentera lain mampu lakukan. Contoh yang terbaik adalah Yamaha Fazer 600, jentera ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan harian, malah ketika di trek pun, kuasanya tidak menghampakan. tentang rekabentuknya juga boleh didapati dengan pelbagai variasi seperti rekabentuk sport ataupun touring.


Musclebike



Jentera jenis ini adalah sangat berkuasa tinggi dan juga telah menjadi trend pada masakini oleh pengeluar dengan menggunakan enjin berkuasa tinggi kedalam motorsikal komuter. Dengan trend ini jugalah lahirnya jentera seperti streetfighter dan jika dikendalikan dengan betul, jentera tersebut mampu mengatasi jentera sport bike semasa di jalanan.Antara model musclebike pilihan aku sudah semestinya Ducati Monster 900. yeah!!!


Sports Tourers

 

Sport Tourer adalah sejenis jentera bagi penggemar-penggemar 'kelajuan' tetapi masih menitik beratkan keselesaan. Kuasa yang tinggi seperti Suzuki GSX Hayabusa ataupun Kawasaki ZX14 telah membuatkan jentera ini bagaikan raksaksa di jalanan dan ini telah terbukti melalui pertandingan yang telah diadakan.





No comments:

Post a Comment