Sunday 21 December 2014

Mega Ride 2014 - Koh Samui - pt.5

Day 5 - Hatyai - Kuala Lumpur 


Yezzzz....setelah 4 hari kami berada di perantauan demi mencapai misi kami untuk menawan Koh Samui, akhirnya kami telah tiba di penghujung perjalanan kami.

So untuk hari ini kami akan kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa seribu kenangan dan pengalaman yang amat bermakna (pehhhh..kata-kata sang pujangga pulak..puii!!)

Jadi perjalanan kami pada hari ini akan memakan jarak lebih kurang 546km lagi. Kesemua bikerz sudah bersedia awal untuk menuju ke border lebih awal. So ape lagi, pagi-pagi lagi kami check out hotel, isi tangki babat dan terus menuju ke border melalui pekan Danok.so di sini juga Hero of the ride kami, Pokli mengucapkan selamat tinggal kerana dia akan menggunakan route lain (Pattani - Border Tak Bai) untuk pulang ke New Castle (Kota Bahru).. Thank you Pokli for the ride..you the man!!! lain kali kita ride lagi ye..

meh belanja sikit kegambiran

Sarap dulu...jauh lagi nak jalan..

Tu dia muka bos dah keyang..burrpp..alhamdulillah

Ok..lets roll

suasana bandar Hatyai yang sedikit sibuk hari ni

ada lagi ye makro

Ok kami selamat tiba di Pekan Danok, sempat last minit shopping lagi..hehhehhe..Ok dah 15 minit, lets head back to our motherland!!! di sini boleh tahan ramai gak yang nak balik ke Malaysia..panjang gak beraturnye..hehhehe

So secara rasminya kami telah keluar dari tanah siam lebih kurang jam 1 tengahari..so long Thailand..panjang umur kita ketemu lagi..

Tuuu diaaa ramai dok beratuq!!
Ni gambiran Pokli hantar depan border
Bermula daripada sini..kami dah tak tunggu lagi..moh isi minyak dulu di Changlun..

Kemudian kami terus menuju ke kuala lumpur. Perjalanan balik ni semuanya lancar sekali kecuali berlaku insiden dimana jentera mr sadeeq kita secara tiba-tiba 'malu' nak bergerak di Sungai Dua..(aiseh...ape hal pulak ni..). Tapi bantuan pantas telah diberikan dengan membawa jentera sadeeq ke bengkel berhampiran..check punya check sekali pin sprocket depan dia tanggal da..hahaha

Dah latu sadeeq..pi hupgrade mutu sebelah tu..

Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan tergendala, kami terus menuju ke Kuala Lumpur dengan pemanduan yang penuh berhemah..(hujan lebat boh..).


Sidai bang..jangan tak sidai
Rehat jap 


Alhamdulilah kesemua bikerz selamat tiba di desntinasi dengan pengalaman baru yang tidak dapat dijual-beli. Kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan rakan-rakan bikerz terutama sekali sponsor kami Kelab Kebajikan & Sukan MSN yang sentiasa memberi sokongan kewangan..lain kali kami nak mintak lebih sikit bajet ye...(hehheheheh). Selain daripada itu aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bos Labit kita yang banyak berkorban untuk kelab 'kerdil' ini walaupun beliau terpaksa korbankan ride ini demi keluarga terchenta..(tak pe boh lain kali insyallah boleh lagi)..

Untuk mengakhiri pengembaraan kami pada kali ini..aku ada hadiah special untuk korang..terimalah video amatur daripada aku..please enjoice!!!!!



psstt..nak kualiti yang cantik tengok melalui youtube ye..pilih setting HD..pasti terlajak laris..hehhehe

No comments:

Post a Comment